Time Ramadhan, tiap2 hari akak baju pink tu beli nasi kukus kat makcik tu. Kadang sebungkus, kadang 2-3 bungkus. Sehingga satu hari entah dirasuk apa, makcik jual nasi kukus tu telah ......
Akak Baju Pink Tu Suka Sangat Beli Nasi Kukus. Tapi Apa Yang Makcik Jual Tu Buat Memang MELAMPAU !!! | Aku ada seorang kawan bernama Ana. Ana ni jual kuih muih dkt bazar ramadhan. Setiap tahun mmg dia akan tolong mak ayah dia jual kuih. Ada satu ketika tu, si Ana ni ada bercerita satu kisah kat aku yg boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.
Sekadar Gambar Hiasan.
Dia cerita kat aku, tahun lepas dia berniaga bazar ramdhan macam biasa. Sebelah khemah gerai dia ni, ada seorang makcik yg jual nasi kukus ayam berempah. Nasi kukus makcik ni memang best. Satu set RM6.50. Beratur orang nak beli dia punya nasi kukus setiap hari. Anak perempuan makcik ni ada jugak datang tolong setiap petang.
Ana yg jual kuih muih sebelah makcik ni pun dapat tempias sebab bila orang ramai beratur nak beli nasi kukus makcik ni secara tak langsung kuih muih Ana pun turut laku. Sebelah menyebelah katakan..
Okay, apa yang Ana ni nak ceritakan kat aku, ada seorang akak ni suka pakai tudung warna pink selalu datang beli kat gerai makcik ni. Yelah kata Ana, dah tudung pink.. Baju pun pink, memang lah Ana ni perasan katanya..hehe
Ana gelarkan akak ni sebagai Akak Pink.
Ana gelarkan akak ni sebagai Akak Pink.
Akak Pink ni setiap hari datang ke bazar dan pergi ke gerai makcik ni. Tapi Akak Pink ni dia tak beli nasi kukus ayam berempah, tapi dia beli ayam berempah sahaja. RM3.50 seketul. Setiap hari wajib Akak Pink ni datang beli ayam berempah makcik ni. Dan salah satu feveret Akak Pink ni, dia suka beli ayam berempah sekali dengan kerak2 rempah ayam tu.. Haa sbnrnya kerak ayam tu yg buat ayam kita sedap kan.. Betul tak?
Ana kata, kadang Akak Pink beli seketul.. Dua ketul.. Tiga ketul.. Tapi memang nak kerak2 ayam tu.
Mulanya Ana kata mcm xde apa2.. Lama2 si Ana kata dia mula perasan sesuatu. Hari2 seterusnya macam biasa, dari kejauhan dah nampak Akak Pink ni datang tergedek2 menghala ke gerai makcik tu�Si Ana duk perati jerr sambil2 layan customer beli kuih.
Kemudian Ana terdengar makcik dan anak makcik ni duk ngomel2.. Ayat nya berbunyi macam ni, � Haa mak tengok tu, pompuan tu dtg lagi la.. Ni mesti nak beli ayam dgn kerak je ni!�
Dengan nada agak sinis kata Ana.
Si makcik tu pun balas, �Takpe, kali ni kita cakap tak boleh ambil kerak2 lagi.. Nak kerak kena beli sekali dgn nasi.�
Ana pun macam sedikit terkejut dgn perbualan anak beranak tu, dalam hati Ana, ala berapa sen lah sangat kerak2 ayam tu.. Setiap petang dekat sedulang besar jugak kerak2 tu dibuang.
.
Macam biasa, Akak Pink ni datang.
Ana pun macam sedikit terkejut dgn perbualan anak beranak tu, dalam hati Ana, ala berapa sen lah sangat kerak2 ayam tu.. Setiap petang dekat sedulang besar jugak kerak2 tu dibuang.
.
Macam biasa, Akak Pink ni datang.
�Makcik.. Saya nak peha ayam 1 dan sayap 1.. Nak kerak2 sikit yerr makcik macam biasa.�
Sambil sengeh2.. Tiba2 makcik tu sound Akak Pink ni, �Maaf dik, sekarang makcik dah tak boleh bagi lagi kerak2 ni dik, nak kerak beli sekali nasi.�
Terkejut muka Akak Pink ni.. Ana kata, muka Akak Pink ni macam merah2 malu.. �Makcik.. Sikit pun tak dapat ke? Saya suka kerak2 ni.. Ratah mcm tu je..� Sambil senyum mahu tak mahu.
�Tak boleh dik.. Maaf ya.� Kata makcik tu..
Ana kata, lepas Akak Pink tu bayar dua ketul ayam RM7.00 tanpa kerak2 ayam yang dia suka tu, Akak Pink tu terus blah dan sempat ucap terima kasih dekat makcik tu.
Hmmm baru kerak ayam, dah kerek makcik ni kata Ana.
Ana kata lagi, macam biasa setiap petang banyak kerak2 ayam dibuang macam tu jerr..
Sian Akak Pink tu tak merasa dia nak makan kerak ayam feveret dia petang tu.
Esoknya, Ana seperti tertunggu kehadiran Akak Pink tu dekat gerai makcik ni. Tapi takde datang pulak, nak kata tak perasan mustahil sebab kata Ana dia kenal sangat akan kehadiran Akak Pink tu.. Tudung pink.. Baju pink.. Purse pun pink.. Suara comel2 macam Fasha Sandha memang kenal sangat kata Ana. Sebab kadang Akak Pink ni akan beli kuih muih Ana jugak. Tapi petang tu takde dtg la pulak.
Hari berganti hari, Akak Pink tu memang takde datang langsung ke bazar tu lagi. Kata Ana, nasi kukus ayam berempah makcik tu macam dah kurang customer. Nasi pun banyak tak habis. Ayam pun banyak tak habis. Yang belum bergoreng lagi lah banyak. Setiap petang, macam biasa banyak kerak2 ayam dibuang. Sampai satu tahap, tak sampai 10 orang datang beli nasi kukus goreng berempah makcik tu.
Nak kata tak sedap, Ana kata sedap je macam biasa sebab kadang Ana yang buat2 beli nasi kukus makcik tu buat berbuka sebab kesian tengok banyak nasi makcik tu tak laku.
Nak kata tak sedap, Ana kata sedap je macam biasa sebab kadang Ana yang buat2 beli nasi kukus makcik tu buat berbuka sebab kesian tengok banyak nasi makcik tu tak laku.
Makcik tu mula macam mengeluh, nasi kukus dia kurang laku.
Tak sampai sepuluh hari sebelum raya, makcik tu tak buka lagi gerai nasi kukusnya dekat bazar. Tutup terus sampai lah sehari sebelum raya, tiba2 makcik tu buka semula gerai nasi kukus ayam berempah nya tu kata Ana.
Yelah, sehari sebelum raya memang berebut orang nak jual di bazar. Sebab time tu, memang masing2 orang dah tak masak kat rumah untuk berbuka, standby nak raya la katakan..
Sehari sebelum raya kata Ana, majoriti yang jual makanan dan air dekat bazar tu semua habis dijual. Air balang licin. Kuih muih licin. Habis disapu.. Memang ramai orang datang ke bazar time tu.
Sekali lagi makcik tu diuji, nasi kukus ayam berempahnya tak laku. Sekeliling peniaga sebelah2 makcik tu semua habis. Ada yg tutup awal. Sebab habis licin. Kuih muih Ana pun habis licin.
Ana pun habiskan ceritanya sambil bagi nasihat kat aku.
Kita ni hidup jangan sombong sangat. Bila kita mudahkan urusan orang lain untuk berbuka, In Shaa Allah, kita akan dipermudahkan segala urusan. Kita bagi orang puasa makan untuk berbuka, kita akan dapat pahala orang yg berpuasa tu. Kata Ana lagi, orang tu nak berbuka puasa weyhhh.. Sampai hati kau tak bagi dia makan apa yang dia nak untuk berbuka. Orang tu kan bayar, bukan tak bayar!
Aku terdiam kejap..SEKIAN. KREDIT Kepada Owner (Tak jumpa owner asal kalau ada bagitau kami)
EmoticonEmoticon