Thursday 27 October 2016

Memang Merecik Habis! Terbeliak Mata Kami Melihat 'Virginity' Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!

Tags

Memang Merecik Habis! Terbeliak Mata Kami Melihat 'Virginity' Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!
Memang Merecik Habis! Terbeliak Mata Kami Melihat 'Virginity' Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!

Bandar kecil ini merupakan hab pengangkutan kepada belasan kepulauan milik wilayah jajahan Johor. Kepulauan ini juga adalah kawasan kegemaran warga Singapura kerana umum pun sudah maklum yang Singapura mana ada tempat bercuti ala-ala syurga dunia dan hanya Mersing pilihan tedekat yang mereka ada. Dengan kadar tukaran mata wang 1 SGD bersamaan 3 Ringgit Malaysia, jentik sahaja mana-mana rakyat Singapura yang complain jarak 200 kilometer ke Mersing itu kononnya jauh.
Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan khabar berita yang there are more to Mersing than just Tioman. 27 tahun hidup baru saya dapat tahu yang sebenarnya di sebalik belasan pulau yang anda boleh lihat di Google Maps, abang-abang boatman dan Jabatan Laut Johor berjaya sorok puluhan lagi gugusan pulau dari pengetahuan umum. Pulau-pulau rahsia ini bukan sahaja memiliki rupabentuk yang unik dan menarik malahan mereka juga diselaputi dengan air laut yang jernih bak mineral spritzer, tapi masin dan dipenuhi ikan-ikan jinak berwarna-warni yang berenang keriangan tanpa perlu risau dengan kos sara hidup yang kian meningkat.
Dapat saja tahu berita tentang kewujudan pulau-pulau rahsia tersebut, diracun pula dengan gambar-gambar 5 bintang dari travel group di Facebook, jemari saya terus lincah mencari informasi tentang kepulauan Mersing di internet. Tidak banyak info yang boleh dicari di ruangan awam, yang saya jumpa, berita tentang Pulau Harimau dan kawasan pulau sekitar yang sudah pun ditutup oleh kerana terdapat beberapa duri dalam daging, kerak dalam nasi, dan banyak lagi simpulan bahasa dan kata kesan yang boleh diberikan kepada beberapa individu yang membuat graffiti di Rumah Api Pulau Harimau. Tunjuk bakat tak kena tempat!
Misi pencarian info diteruskan dengan melipatgandakan usaha saya ke peringkat seterusnya. Saya private message semua kenalan saya di Johor, Facebook pages yang ada kaitan dengan kepulauan Mersing, dan saya juga pastikan blog-blog yang pernah menulis tentang kepulauan di area johor tidak akan terlepas daripada disoal siasat.
Ada tour group yang menawarkan pakej all-in untuk kembara kepulauan Mersing ini tetapi selepas beberapa hari membuat ulangkaji, kami mengambil keputusan untuk merancang sahaja kesuluruhan pengembaraan ini sendiri, atas faktor-faktor seperti, fleksibiliti, harga, dan juga privasi. Dan selepas segala itinerari dan pelan dirangka, masa untuk bentangkan kertas kerja dan cari peserta!
1. Ringkasan pelan dan pencarian peserta

Trip kali ini memang sengaja kami letak tarikh minggu terakhir sebelum puasa. Acah-acah macam trip lepas geram sebab bulan puasa kami putuskan untuk berhibernasi daripada melakukan aktiviti outdoor selama sebulan dan beri lebih fokus kepada aktiviti kerohanian. Konon.
Selepas mengambil kira kapasiti bot, penginapan, dan pengangkutan dari Kuala Lumpur, kami hadkan bilangan peserta kepada 14 orang. Bertolak Jumaat malam dan pulang Ahad petang, tempoh masa trip juga kami hadkan kepada 2 hari 2 malam kerana mahu simpan cuti tahunan untuk cuti Aidilfitri nanti. Berjalan berjalan juga, tapi jangan sampai sanggup habiskan cuti ke sana ke mari tapi bila mahu ambil cuti untuk bersama family, rasa berat hati. Ingat, travel responsibly!
Mulanya memang agak sukar untuk kami kumpulkan 14 orang atas faktor perancangan yang terlalu last minute tapi berkat kesungguhan, kami berjaya merekrut sebilangan ahli baru untuk menjayakan ekspedisi kali ini. Mersing #kasijadi let's go!
 2. Kuala Lumpur ke Mersing
Dengan tiga kereta kami bertolak dari Kuala Lumpur selewat jam 11 malam. Sengaja kami lewatkan masa bertolak untuk elak traffic jam melampau Jumaat petang yang selalunya membawa ke malam. Menggunakan PLUS, perjalanan kami tersangatlah lancar dengan trafik minimal, sehinggalah tiba di kawasan Pedas-Linggi, kami diuji dengan hujan ribut. Walaupun hujan turun dengan lebatnya sehingga jarak penglihatan hanya dalam 10 meter, kawan saya yang duduk di seat belakang sempat lagi tidur berdengkur tanpa risau akan bahaya yang mungkin boleh berlaku.
Kami tiba 30 minit lewat dari yang dijangka, jam 5.30 pagi. Walaubagaimanapun, oleh kerana masih terlalu awal, kami ambil keputusan untuk berehat dan segarkan diri dahulu di Masjid Jamek Mersing.

Kami ambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit untuk tiba di Mersing, ini termasuk berhenti dua kali di hentian rehat untuk ke tandas.

3. Jeti Mersing
Lebih kurang jam 8 pagi, kami bergerak ke Terminal Jeti Mersing. Tanpa diduga, ramai pula yang sama fikiran macam kami, cuba menggunakan minggu terakhir sebelum Ramadan ini untuk berjalan. Sekilas pandang, ada lah dalam 3 kumpulan besar yang sedang berjalan beramai-ramai dengan 'beach vacation starter pack' - topi di kepala, shades di mata, bersinglet hispter dan beseluar tiga suku. Tak susah pun untuk membezakan rakyat tempatan dengan pelancong yang mahu ke pulau.
Akibat daripada lambakan pelancong ini juga, kami mengalami kesulitan untuk mencari tempat letak kereta. Ada lebih kurang 45 minit jugalah kami tunggu sebelum abang long kawasan berjaya mencari tempat parking untuk kami, itu pun selepas beberapa panggilan telefon dibuat. Instead of tempat parking terbuka hanya lebih kurang 100 meter berjalan kaki dari terminal jeti, kami diarahkan untuk parking lebih kurang 800 meter, di halaman rumah orang. Mujur abang long kawasan buat servis penghantaran dari rumah orang tadi ke pintu hadapan jeti. Kalau tidak, menapaklah jawabnya.
4. Restoran Sutera Emas, Bro Rastam dan menunggu giliran untuk berlayar ke lautan
Sampai di jeti, perut minta diisi nasi lemak. Melihat makanan yang nampak seperti baru dimasak di Restoran Sutera Emas, kami terus memesan makanan tanpa berfikir panjang walaupun niat di hati mahu makan berpada-pada, takut kalau-kalau perut meragam masa snorkelling nanti. Tak pasal-pasal ikan dan coral jadi mangsa. Kami hanya ada lebih kurang 30 minit sahaja lagi.
Di restoran ini juga kami berjumpa dengan Bro Rastam, agen kami di Mersing. Boleh kata beliaulah yang membantu menguruskan 50% daripada itinerari perjalanan kami. Sangat berpengalaman dalam selok-belok di kepulauan Mersing, kami meletakkan kepercayaan penuh 100% kepada Bro Rastam untuk menguruskan perjalanan kami. Jujur, kami sendiri tak tahu dan tak berapa kisah sebenarnya dengan lokasi dan pulau yang akan kami kunjungi, sebab pada kami semua pulau di kawasan ini ada keunikan tersendiri. Tema kali ini - serahkan kepada yang pakar dan surprise us, please.
Ringkasan perjalanan jelajah pulau kami hari tersebut. Harga yang ditawarkan juga sangatlah berbaloi dengan jarak perjalanan kami.
Selesai makan, kami bergerak terus ke balai perlepasan. Tiket taman laut sudah awal-awal lagi dibelikan oleh Bro Rastam sewaktu kami makan. Asalnya bot kami memang sudah berlabuh di jeti tetapi oleh kerana kami sedikit terlambat, kerana jadual kami sedikit lari, kerana tadi kami mengalami kesukaran mencari tempat parking kereta, bot tadi terpaksa keluar semula terlebih dahulu dari pelabuhan untuk memberi peluang kepada bot lain berlabuh dan mengambil penumpang yang lebih menepati masa.
Masing-masing masih lagi optimis walaupun terpaksa menunggu di bawah panas terik.
Kira-kira 30 minit menunggu, tiba giliran kami untuk masuk ke bot. Tanpa berlengah, masing-masing bergegas terus ke tempat yang diarahkan, takut bot disuruh keluar semula lagi.
5. Impresi pertama, perjalanan panjang seakan tak terasa
Bot yang kami naiki sangat selesa. Ini kerana peraturan ketat Jabatan Laut Johor yang mengehadkan hanya 12 penumpang pada suatu masa untuk satu bot. Destinasi kami yang pertama, ke Pulau Maldives, mengambil masa lebih kurang 45 minit. Untuk ke Pulau Maldives, kami perlu melepasi Pulau Tinggi terlebih dahulu. Dari jauh, sudah terlihat keunikan Pulau Tinggi yang pada saya, memang sangat tinggi.
Sebuah binaan ala-ala istana milik Sultan Johor yang masih dalam pembinaan. Katanya tempat ini bakal dijadikan tempat sultan menternak ikan.
Melepasi Pulau Tinggi, tersergam indah istana atas air Sultan Johor yang masih lagi dalam proses pembinaan. Disebabkan kagum dengan man-made marvel Istana Sultan Johor dan kecantikan semula jadi Pulau Tinggi, perjalanan kami yang 45 minit tadi seakan tak terasa. Sebenarnya, biasalah tu, trip baru mula, semangat dan excitement tu memang lain macam sikit.
Bahagian depan bot, besar dan selesa, rekabentuk bot kecil ini juga membolehkan anda main tukar-tukar tempat duduk dengan kawan semasa perjalanan.
6. Pulau Maldives
Pulau Maldives mini. Kecil, tapi ingat, don't judge an island by its size.
Dari jauh sudah kelihatan Pulau Maldives yang saya kira sangat kecil. Tak tahu layak dipanggil pulau atau tidak sebenarnya. Tapi kenapa Pulau Maldives? Kami tertanya-tanya. Jejak sahaja tapak kaki di pulau ini baru kami faham kenapa pulau ini mendapat jolokan Pulau Maldives di kalangan rakyat tempatan. Terdapat sand bank di pulau ini yang boleh menjadikan gambar anda tampak cinematic seakan-akan berada di Maldives. Ohhhh!
Mulanya kami fikir yang boatman bawa kami ke sini hanya untuk bergambar di sand bank tadi. Snorkelling di kawasan pantai Pulau Maldives, kami hanya disajikan pemandangan pasir sahaja. Tapi rahsianya tersembunyi kira-kira 20 meter dari persisiran pantai, berenang sedikit dan anda akan terkejut dengan apa yang anda lihat di bawah permukaan air. Pelbagai jenis kelompok coral berwarna warni yang meliputi kawasan seluas separuh padang bola saya kira. Atau mungkin lebih besar.
Terkejut apabila memikirkan yang Pulau Maldives ini tidaklah jauh sangat pun daripada daratan, tapi keindahan bawah lautnya, setanding pulau-pulau ternama lain seperti Pulau Perhentian. Dan jika anda adalah seorang peminat coral pasti anda akan tersenyum lebar sampai air termasuk melalui mask semasa snorkelling di kawasan ini.
Lambakan corals yang terdapat di kawasan Pulau Maldives, tapi kenalah rajin berenang sikit. Masa kami pergi ni boleh kata corals tengah hidup.
Lautan coral tajam-tajam.
Kami habiskan kira-kira sejam di pulau ini sebelum bertolak ke pulau berikutnya. Sempat juga kami ambil group photo walaupun boatman dah panggil-panggil. Kejap ya bang, lagi 25 shots je lagi ni.
7. Pulau Rahsia 1
Perjalanan ke Pulau Rahsia 1 hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Tak sempat hilang penat dah sampai ke destinasi seterusnya. Jangan tanya kenapa namanya Pulau Rahsia, ini jawapan yang boatman bagi bila kami tanya nama pulau. Pulau tak berpenghuni dengan bentuk geografi muka bumi yang berbatu-batu ini jauh lebih besar daripada Pulau Maldives tadi dan kami diberitahu yang kami akan diturunkan di satu lokasi rahsia. Dah lah pulau pun rahsia, lokasi tempat snorkelling pun rahsia. Menguji minda betul boatman ni.
Tapi sebelum tu, boatman sempat membawa kami mengelilingi pulau tersebut terlebih dahulu dan saya kira kalau betul-betul mahu melawat semua kawasan cantik pulau ini, sehari pun tak cukup.
Memang Merecik Habis! Terbeliak Mata Kami Melihat 'Virginity' Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!
Gugusan Pulau Rahsia 1, berbatu-batu dan hanya diselaputi dengan pepohon renek.
Selesai melawat sekitar pulau, tiba masa untuk kami melawat dengan lebih mendalam lagi di satu kawasan lubuk rahsia dia bahagian tepi pulau ini. Tiada pantai di sini, hanya lubuk berbatu dengan gua kecil sahaja, memang port snorkelling yang unik, dan kedatangan kami juga dialu-alukan dengan sekawan burung camar.
Belum sempat bot habis parking sis ni dah sibuk nak bergambar. Air dia memang jernih macam air mineral spritzer.
Air di sini memang sangat jernih. Saya kira ini disebabkan dasar laut di kawasan persisiran pulau tersebut berbatu, bukannya berpasir. Air yang tenang kerana kawasan tersebut terlindung daripada tiupan angin juga menjadi antara faktor utama air di kawasan tersebut sangat jernih, senang-senang sahaja anda boleh melihat jelas 7-8 meter ke dasar laut.

Lawa gila tempat ni. Nuff said.
Tempat cetek di kawasan ini sangatlah terhad, itu pun cetek disebabkan himpunan batu yang tersusun di bawah permukaan air, kalau tidak, mimpilah nak berdiri sambil berehat semasa snorkelling. Batu-batu besar ini lah yang kami jadikan tempat berpijak, cuma perlu berhati-hati dengan objek tajam ataupun mini corals yang tumbuh di sekitar batu. Kalau terluka, dengan penangan air garam, boleh berair juga mata tu. Dasar laut di kawasan ini tak landai, perubahan kawasan cetek ke kawasan dalam sangat mendadak, dari kedalaman 1-2 meter boleh mencuram terus ke 3-4 meter, jadi hati-hati bila melangkah.
Batu di dasar kawasan ini memang cantik, diselaputi sedikit dengan coral yang baru nak tumbuh.
Di bawah permukaan laut, corals dan hidupan laut tidaklah sebanyak seperti di Aquaria, tapi pada saya tarikan tempat ini adalah lebih kepada struktur geografi bawah lautnya yang sangat unik dan lain dari yang lain. Dengan air yang jernih, batu berlumut yang kelihatan berwarna-warni ditambah pula dengan sedikit coral yang baru nak tumbuh, pemandangan yang ada di depan mata kami memang sangat memukau. Saya tak sangka snorkelling tengok batu pun boleh buat kami teruja sampai macam ni. Itu, anda tak boleh dapat di Aquaria!
Air sejernih ini, kalau bukan sebab berlatarbelakangkan biru warna laut, saya dah ingat abang ni sedang terbang dah.
Di kawasan yang sedikit dalam, batu mula ditumbuhi corals yang lebih besar. Tak sabar nak tunggu coral yang bakal menghuni kawasan ini lagi 500-600 tahun.
Kami habiskan masa kira-kira dalam 45 minit di sini sebelum ke lokasi seterusnya.
8. Makan tengah hari di Pulau Rahsia 2
Pulau Rahsia 2. Nampak kecil tapi picture can be deceiving. Ini hanya bahagian hadapan pulau, pulau ini sebenarnya memanjang ke belakang.
Pulau Rahsia 2 terletak berhadapan dengan Pulau Rahsia 1 tadi. Ada lah dalam 5 minit perjalanan dengan bot. Kalau ada yang rajin nak berenang pun boleh, sampai je. Pulau Rahsia 2 ini pula saya boleh ibaratkan macam gabungan antara Pulau Maldives dan Pulau Rahsia 1, ada batuan menarik, ada gua, dan ada pantai.
Bot berlabuh di kawasan pantai, dan kami diberikan masa 1 jam lebih sikit untuk makan, meneroka kawasan, meneroka gua, dan bergambar. Selepas kami semua turun, bot terus pergi tak tahu ke mana. Katanya lepas sejam nanti dia akan datang balik dan pick-up kami semula. Tinggallah kami tersadai di pulau asing ini dengan hanya dibekalkan set makan tengah hari. Ini kalau kami kena game dan bot tak datang balik, boleh jadi macam Tom Hanks dalam cerita 'Castaway' ni.
Menu yang disajikan tengah hari tu biasa-biasa je saya rasa. Tapi biasalah, lepas kepenatan mandi-manda, nasi goreng kosong dengan telur mata pun rasa macam KFC. Ditambah pula makan tengah hari berlandaskan pasir putih, dengan pemandangan air kebiruan macam warna anak mata mat salleh, terus lupa makanan kami tu sebenarnya hanya ala kadar.

Menu tengah hari. Hashtag alakadar.
Selesai makan, tiba masa untuk kami meneroka pulau. Tak ada lah teroka mana pun sebenarnya, walaupun saiz pulau ini saya kira hanya separuh Pulau Rahsia 1 tadi, tapi masih dikira agak besar, kalau masa yang diperuntukkan 3 jam, mungkin boleh kami melawat seluruh pelusuk pulau ini. Kawasan pantai mungkin ada coral, tapi disebabkan kawasan yang terbuka, angin kuat, dan laut yang agak berombak, jadi tak berapa sesuai untuk snorkelling. Jadi kami banyak habiskan masa di dalam gua yang berada betul-betul bersebelahan dengan pantai tempat kami makan tadi.
Di sini, kami habiskan masa untuk sesi photoshootsharing moment, dan ada juga yang ambil kesempatan untuk tidur. Yelah, bukan hari-hari anda dapat peluang tidur dalam gua kan. Satu hari nanti, mungkin yang tidur tu boleh cerita kat anak cucu yang atok ni adventure orangnya, suatu ketika dulu, atok pernah tidur dalam gua. Sempat juga kawan saya buat lawak tak kelakar, katanya ni kalau bot tak datang ambil kita balik, kita akan renovate gua ni jadi base camp kita. Serius tak kelakar.

Budak baru belajar tangkap gambar silhouette. Hashtag barunakup
Lebih kurang sejam, bot datang semula untuk mengambil kami. Syukur. Kawan saya sikit lagi dah nak pergi cari kayu, buat rakit katanya. Just in case.
9. 'The Magnificent Gerbang Rahsia'
Memang Merecik Habis! Terbeliak Mata Kami Melihat 'Virginity' Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!

Abang gerak dulu, apa-apa roger. Jumpa kat sebelah sana okay!
Gerbang Rahsia ini terletak di pulau yang sama, di kawasan belakang tempat kami makan tengah hari tadi. Gerbang besar yang membentuk satu laluan kecil kira-kira 50 meter panjang ini memang saya kira satu keajaiban alam, tak terfikir dek akal manusia macam mana gerbang sebegini boleh terbentuk secara semulajadi. Betul, google sahaja keyword "Sea Arch", bersepah gambar yang keluar di serata dunia tapi saya tak rasa boleh jumpa bentuk muka bumi macam ni di lain-lain kawasan di Malaysia. Mohon kongsi jika anda ada terjumpa, saya nak pergi!

Kawasan sekitar gerbang laut yang agak dalam ini membentuk terusan dengan pemandangan dinding kiri kanan yang sangat magnificent! Freediving through an amazingly beautiful trench, checked!
Kawasan Gerbang Rahsia ini memang agak dalam, turun sahaja dari bot, anda tak akan nampak pun bahagian dasar laut. Nampak biru gelap sahaja, sangat menakutkan bagi mereka yang bukan perenang tegar dan tak berapa biasa dengan laut. Kami diarahkan untuk berenang menerusi gerbang tersebut dan bot akan pick-up kami di sebelah hujung gerbang. Siapa yang tak berani, kena tinggal. Siapa tak mahu keluar bot, kena campak juga keluar.

Teruja selepas berjaya melepasi 'The Magnificent Gerbang Rahsia' dengan cemerlang!
Kami perlu bergilir-gilir untuk berenang kerana laluannya agak sempit, hanya 2-3 orang sahaja boleh masuk pada satu masa. Mujur di sepanjang laluan tersebut, terdapat batu-batuan yang membuatkan laluan tersebut seakan cetek, bolehlah berdiri kalau cemas. Anda boleh lihat pengalaman kami melalui gerbang ini di dalam video yang saya kongsikan di penghujung artikel ini. Pengalaman berenang menerusi gerbang rahsia ini mesti anda kena cuba at least sekali seumur hidup saya kira!

Ingatkan keluar gerbang dah boleh jumpa tempat cetek. Rupanya lagi dalam!
10. Bertolak pulang 45 minit ke kawasan Pulau Besar, snorkelling lagi!
Sebenarnya kami dijadualkan untuk melawat sekitar Pulau Tetek (jangan tanya kenapa nama dia macam tu sebab info nama pulau ni semua kami dapat dari boatman) yang katanya menyajikan pemandangan dasar laut yg lebih menakjubkan dan air yang lebih jernih. Tapi sayang, angin agak kuat dan kami terpaksa membatalkan ekspedisi dan terus bergerak pulang ke kawasan Pulau Besar.
Masing-masing kepenatan, perjalanan balik bot sunyi sepi. Boleh kira dengan jari siapa yang masih bertahan menikmati keindahan pemandangan laut, yang lain semua tertidur. Kami sampai di kawasan Pulau Besar kira-kira jam 4 petang. Dari jauh saya sudah nampak kawasan tempat perkhemahan kami, tapi yang peliknya, bot tak ada tanda-tanda macam nak berhenti pun. Makin laju lagi ada lah.
Bertanya kepada abang bot, saya difahamkan yang kami akan dibawa ke snorkelling spot lagi satu berhampiran Pulau Besar. Kesian dekat kawan-kawan yang sedang lena tidur dibuai mimpi, bila kami kejutkan mereka bangun, mereka ingatkan dah sampai Pulau Besar, dah boleh gantung hammock dan sambung tidur, rupa-rupanya kena snorkelling lagi! Ha ha.

Corals yang boleh ditemui di snorkelling point Pulau Besar.

Corals di sini pun tak menghampakan. Besar-besar dan sangat lawa. Hidupan laut juga adalah yang paling banyak jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang kami pergi tadi. Memang tak menyesal habiskan kudrat yang ada untuk snorkelling kali terakhir hari itu.
Air yang tak berapa jernih tidak sedikit pun menghalang kami untuk bergambar.
Tapi kami agak terkilan kerana pagi hari tu hujan ribut melanda kawasan Pulau Besar, jadi air di kawasan ini tidak jernih seperti selalu. Arus juga agak deras, kesian mereka yang berenang menggunakan life jacket. Langsung tak bergerak!

Habis snorkelling kira kira 30 minit, kami bergerak ke jeti Pulau Besar. Akhirnya!
11. Jeti kayu Pulau Besar
Di Pulau Besar, terdapat dua jeti. Satu jeti batu yang digunakan pelancong untuk ke resort-resort ternama seperti D'Coconut Resort dan Aseania Resort. Pelancong bajet rendah seperti kami diturunkan di jeti yang lebih marhaen iaitu jeti kayu. Lagi kami suka, sebab gambar di jeti kayu pasti jauh lebih cinematic daripada gambar di jeti batu. Keluar sahaja jeti, yang jaraknya ada dalam 100 meter ke tengah laut, kami terus sampai ke destinasi kami, Chalet Kak Murni. Kawasan yang ordinary, tapi cukup selesa untuk kami.
Kami tinggal di kawasan Nirwana Beach Resort. Tapi tak wujud pun Nirwana Beach Resort ni. Sama ada baru nak buat atau sudah terkubur, yang itu saya tak pasti.
12. Chalet Kak Murni dan badan melekit
Seperti yang dirancang, perempuan semua kami sumbat masuk chalet, dan lelaki akan berkhemah di persisiran pantai, berselimutkan bintang, bertilamkan pasir, sebab bak kata Waghih, 'napo lobihkan pompan sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan'. Ini pula campak tepi laut, lagilah tak ada hal. Bagi hammock lover, ada juga port untuk anda gantung hammock, bolehlah buat dalam dua tingkat. Kalau level keyakinan pada tahap tinggi, nak buat tiga tingkat pun boleh.
Setup kami. Untuk hammock lover, kena jauh sikit dari tempat bergosip. Konon nak cari ketenangan. Ni betul-betul depan Chalet Kak Murni.
Habis sesi pacak khemah dan gantung hammock, masing-masing pun dah sibuk nak mandi. Mana tak nya, dari pagi bergelumang dengan air laut sampai petang. Walaupun penat, tapi nak tidur pun tak selesa. Untuk menjadikan cerita ini lebih mencabar, rancangan asal ialah untuk kami kaum lelaki menumpang di chalet perempuan untuk mandi. Tapi bayangkanlah kalau ada 14 orang, dan seorang mandi dekat 20 minit , tak ke kawan yang ke-14 tadi nak kena tunggu 4 jam baru sampai giliran dia. Dengan badan yang melekit bergaram tu, boleh jadi ikan masin dah kot.
13. Menapak ke port mandi terbaik!
Memikirkan situasi yang 'ini tak boleh jadi ni', kami kaum lelaki nekad mencari alternatif sumber air bersih lain. Ada yang pergi negotiate dengan Kak Murni untuk tumpang mandi di bilik mandi pekerja. Ada juga yang dah merancang untuk curi-curi mandi di resort-resort mahal sekitar Pulau Besar.
Memang Merecik Habis! Terbeliak Mata Kami Melihat 'Virginity' Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!
Memang Merecik Habis! Terbeliak Mata Kami Melihat 'Virginity' Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!
Aseania Resort
Memang Merecik Habis! Terbeliak Mata Kami Melihat 'Virginity' Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!
D'Coconut Resort.
Resort mahal di sekitar Pulau Besar. Kami hanya mampu melihat.
Nasib selalunya menyebelahi mereka yang berusaha dan pandai mencari peluang. Dalam perjalanan nak ke kawasan resort mahal tadi kami terjumpa sebuah masjid kecil. Saya tahu yang di Pulau Besar ada masjid kecil, cuma tak tahu lokasinya di mana. Tak sangka pula ianya terletak betul-betul di laluan perjalanan kami ke kawasan resort mahal.
Memang Merecik Habis! Terbeliak Mata Kami Melihat 'Virginity' Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!

Masjid Pulau Besar Mersing, satu-satunya masjid di pulau ni.
Tapi pada masa ini, ada beberapa orang jemaah tabligh sedang berehat di kawasan masjid. Alamak, segan pula nak mandi percuma di kawasan masjid ni. Air bersih dah lah susah nak dapat di kawasan pulau, apa pula mereka ni fikir nanti. Tapi desperate times call for desperate measure orang kata, badan memang dah melekit sangat ni. Kawan saya beranikan diri pergi tanya jemaah tabligh tadi okay ke kalau kami tumpang mandi. Sangat friendly dan sporting, jemaah tabligh tadi menunjukkan kawasan mandi mereka. Pelik juga bila mereka offernak tunjuk kawasan mandi. Bukan bilik air ada kat sebelah masjid ni je ke?

"Ha, kami pun mandi kat sini je. Tapi jimat-jimat air ya, dan jangan bagi kotor air telaga ni."

Memang Merecik Habis! Terbeliak Mata Kami Melihat 'Virginity' Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!

Tadaa! Ada telaga sebijik dekat dengan masjid. Serius! Ini tempat mandi kami. Percutian ke resort mana lagi yang memberi anda peluang untuk mandi telaga? Hanya di Pulau Besar, Mersing.
Ada sebuah perigi lama! Dengan unlimited air katanya. Excited benar kami masa ni. Maklumlah bukan senang nak cari peluang mandi air perigi. Memang rata-rata antara kami semua first timer mandi air perigi. Kalau ada yang pernah pun, masa kecil-kecil dulu. Seronok dia memang tak terkata, dengan badan melekit-lekit tu, disimbah pula dengan air segar dari dalam telaga, terus fresh. Dan paling best, untuk menjimatkan masa, memang kami mandi berjemaah lah di sini. Terima kasih jemaah tabligh. :D
14. Malam seribu bintang, angin sepoi-sepoi bahasa, dan campfire sambil sesi luahan perasaan
Semua dan mandi! Badan dah tak melekit, baru boleh makan dengan tenang. Yang warna putih kat tepi tu adalah chalet kami. Simple tapi lengkap dengan keperluan asas. (Eg:tandas)
Selalunya bila kami berjalan, memang kami lebih gemar masak sendiri, boleh jimat kos. Tapi untuk trip kali ini kami pilih untuk ambil terus pakej makan dengan Kak Murni untuk makan malam dan sarapan pagi esoknya.
Syok habis dapat makan beramai-ramai sambil ditiup bayu laut macam ni.
Perut dah kenyang, bolehlah buat sharing moment. Mana yang tak berkenalan lagi, inilah masa yang sesuai untuk beramah mesra.
Ada juga yang ambil masa untuk mendeklamasikan puisi. Dengan atmosphere dan environment romantis seperti ini, tak hairan bila puisi random pun boleh rasa deep sangat. Sikit lagi saya nak menangis.
Waktu malam kami hanya habiskan dengan sharing moment dan bergosip di hadapan unggun api. Masa ni lah peluang untuk buat iiumconfession depan-depan ke, nak cerita masalah hidup ke, atau sekadar nak jadi pendengar yang setia pun boleh. Orang cakap kalau bercerita di depan unggun api ni, seseorang itu akan jadi lebih jujur, terbuka dan transparent bila bercerita. Betullah tu kot
15. Pagi Ahad, gembira dalam sedih
Pagi Ahad, gembira sebab siapa yang tidur dalam khemah, buka sahaja mata, terus nampak lautan terbentang luas. Semangat nak bangun pagi tu lebih sikit. Selalu hari-hari bangun pagi nampak kipas je, atau mungkin spender bergantung di bilik
Malam semalam memang sengaja tidur tak tutup zip khemah. Bangun-bangun macam ada lukisan depan pintu. Allahu indahnya :')
Sedih sebab bot pulang ke tanah besar kami dijadualkan tiba lebih kurang jam 1 tengah hari. Kami hanya ada 5 jam untuk main terjun-terjun di jeti, snorkelling di kawasan pantai tempat kami camping yang corals dan hidupan lautnya boleh tahan menarik, berjalan melawat kawasan pulau, dan paling penting untuk bergambar berlatarbelakangkan keindahan Pulau Besar. Mana boleh pergi travel tapi tak upload gambar ke insta dan buat kawan-kawan yang tak dapat pergi jealous, kan?
Sekitar jam 11.30 pagi masa matahari terpacak. Air laut crystal clear sangat menyerlah masa ni. Terkesima kami dibuatnya. Rasa macam tak nak balik :'(
Nemo yang riang dan comel. Hai Nemo
Last kopek mandi di telaga sebelum pulang. Bila bergambar, semua pakai baju balik sebab kurang yakin dengan badan sendiri. Kecuali abang hensem kat hujung tu.
Dengan pengurusan masa yang baik, kami berjaya buat semua aktiviti di atas. Di tambah juga dengan mandi telaga buat kali terakhir, house keeping khemah, hammock, fly & ground, dan menunggu geng-geng perempuan bersiap dalam 2 jam sekejapnya.

Jumpshot memang wajib kena ada
Hand stand tak jadi.
Daripada hand stand, berlari, sampailah pandai terbang, kaum perempuan masih lagi tak sudah-sudah bersiap. #perempuansemuasama
16. Kesimpulan
Kami sedar yang travel 2 hari 2 malam memang tak lama, tapi kami tak sangka yang masa berlalu terlampau pantas sampai macam ni sekali. Jika diberi peluang rezeki dan kesihatan, saya tak akan teragak-agak untuk ke sini lagi!

Contoh muka sedih dalam gembira. Atau gembira dalam sedih.
Snorkelling dan island hopping di Kepulauan Mersing ini saya kira memang lain dari yang lain. Jika di sesetengah tempat, pergi 5 snorkelling point anda hanya berpeluang melihat coralsdan hidupan laut sahaja, bonus kalau terjumpa penyu. Di sini, walaupun tiada penyu, tapi pakej snorkelling dia saya kira agak lengkap, ada pantai yang setanding Maldives, ada gua, ada snorkelling tengok coral dan hidupan laut, ada snorkelling tengok keindahan formasi batu di dasar laut, ada snorkelling merentasi gerbang laut rahsia yang menakjubkan, dan macam-macam lagi.
Gugusan Kepulauan Mersing yang kami pergi memang masih lagi virgin. Seperti di Pulau Rahsia, memang hanya ada kumpulan kami sahaja di kawasan tersebut. Nak nampak orang memang sangat susah, rasa macam pantai-pantai itu kami yang punya, berlari, menjerit, tak ada orang kisah. Paling best, barulah boleh tangkap gambar tanpa kena photobomb dengan orang tak dikenali! Kawasannya pun sangatlah terjaga dan sangat bersih. Saya berharap sangat yang suatu hari nanti, bila cicit saya datang melawat tempat ini, mereka boleh lihat pemandangan yang sama seperti apa yang saya lihat sekarang.
Pendek cerita, Kepulauan Mersing memang unik dan sangat highly recommended untuk para pencinta laut tegar yang cuba mencari kelainan untuk trip pulau anda yang seterusnya.
TSG #KasiJadi. Last photo di pantai Pulau Besar sebelum bertolak pulang.
Mersing memang mercik hawau lah! Projek Mersing #kasijadi dah jadi. Syukur.
Ini pula versi TLDR dan point penting untuk mereka yang malas membaca
1. Kos perbelanjaan keseluruhan adalah lebih kurang RM300 satu kepala. Kos ini termasuk
- Kos perjalanan KL-Mersing-KL
- Kos makanan 2 hari 2 malam
- Kos snorkelling dan island hopping ke 5 lokasi termasuk life jacketmask dan makan tengah hari
- Kos penginapan di Chalet Kak Murni
- Kos Taman Laut dibayar ke Jabatan Laut Johor
2. Ini kali pertama kami semua ke Pulau Besar dan info tentang chalet ini pun kami dapat dari kenalan. Gambar pun owner hantar pakai Whatsapp sahaja. Tanpa informasi yang mendalam, kami ambil keputusan untuk ambil sahaja pakej makan dan chalet sekali gus. Kos chalet ini adalah RM100 per night, boleh sumbat 4-6 orang. Kos makan pula RM24 untuk sarapan pagi dan makan malam. Boleh contact Kak Murni di talian +60 12-741 3655 untuk info lebih lanjut.
3. Chalet dan tempat kami camping di Pulau Besar terletak agak jauh dari kawasan peradaban dan pembangunan. Namun, untuk ke kawasan tersebut ada jalan yang sangat proper untuk motor dan basikal lalu. Berjalan kaki dengan langkah sederhana, anda perlu masa dalam 10 minit untuk sampai ke kawasan tersebut.
4. Di kawasan resort-resort besar, ada kedai runcit dan ada restoran kecil yang menghidangkan makanan simple seperti burger. Jangan expect siakap tiga rasa pulak. Untuk menu yang lebih menarik, anda boleh sahaja walk-in dan makan di resort-resort besar. Cuma mahal sikit lah.
5. Pulau Besar letaknya tak jauh dari tanah besar. Durasi masa di ambil untuk bot dengan satu enjin, hanya lebih kurang rokok dua batang (15-20 minit).
6. Untuk pakej Kepulauan Mersing, anda boleh contact terus Bro Rastam di talian +6010-718 3041 atau boleh follow beliau di Facebook Kepulauan Mersing. Masa artikel ni ditulis, FB page ni dah dapat hampir 16,000 likes!
7. Disebabkan tempat island hopping dan snorkelling kami agak jauh, jadi untuk pakej snorkelling, termasuk sewa life jacketmask dan makan tengah hari, lepastu hantar kami ke Pulau Besar petang tersebut, dan esoknya ambil pula kami keesokan harinya, kami bayar RM180 seorang.

Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!
TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!

Memang Merecik Habis! Terbeliak Mata Kami Melihat 'Virginity' Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!


EmoticonEmoticon