Friday, 28 October 2016

Malaikat Maut Buat 'Round', Aku Saksikan 4 Kematian Berturut Dalam Satu Malam.

Tags

Malaikat Maut Buat 'Round', Aku Saksikan 4 Kematian Berturut Dalam Satu Malam.

  • 5786
    Peristiwa ini berlaku semasa saya posting di ward nephrology di alor setar, Kedah. Sewaktu itu, saya bertugas PM shift, iaitu daripada 6 pagi hingga ke 11 malam, dan keesokannya masuk semula jam 6 pagi. Keadaan ward agak serabut petang itu, di kala rakan-rakan sudah pulang pada jam 7 malam, saya berseorangan menjaga ward. Di acute cubicle ada 2 pesakit on ventilator, iaitu alat bantuan pernafasan, without it, patient won�t have any ability to breathe on their own.
    Ada satu pesakit masuk jam 8.00 malam. Muda, awal 40-an, Pak Mail namanya. Pak Mail diletakkan di katil 15. Pak Mail ditemani isterinya, juga berumur lingkungan 40-an, bekerja di gerai makanan sebagai pelayan. Sejak dia masuk, keadaanya tenat. On portable ventilator daripada wad kecemasan. Raut wajah isterinya sugul, penuh kesedihan�manakan tidak, takut suaminya menemui ajal dalam keadaan kewanganya, dan tanggungan 5 orang anak kecil.
    8.30 malam, satu pesakit di katil lain, katil 13 collapse, terus saya jerit kepada staff nurse untuk membawa emergency trolley.
    �Commencing CPR, Kak Zue, please secure IV line, prepare IV adrenaline 1 ampule, once IV line secured, run normal saline fast. Attached cardiac monitor, I want to see the rhythm��itulah tindakan reflex (yang sepatutnya � bukan Kak Zue buat CPR, saya nak call MO :-P)
  • Memang flatline, defibrillator tiada guna di situ. Defibrillator hanyalah digunakan untuk cardiac rhythm tertentu sahaja. Kalau flatline, tak boleh. Ini bukan drama swasta jam 7.00 di Tv3, yang mana semua patient collapse di �Karen�nya. CPR saya teruskan, 5, 6 minit, 7 minit saya penat, pancit. Prepare to change�change! Seorang staff nurse lain terus menyambung CPR, saya mengesat peluh didahi menggunakan lengan baju.
    5 minit kemudian, Dr Akash tiba. Melihat keadaan pesakit, dia mengarahkan kami untuk meneruskan resuscitation. Tapi tidak berjaya. Keadaan ward jadi hiruk piruk, tangisan saudara mara pesakit memecah kesunyian malam taktala patient di�announce�kan masa kematian. Saya terduduk di kaunter, keletihan. Dr Akash segera menandatangani sijil kematian dan lain-lain dokumen dan beliau segera bergegas ke wad bawah, ada kecemasan katanya. Sedang saya mengisi borang kematian, terdengar teriakan staff nurse daripada katil 14 pula.
    �Dr, patient collapse!!�
    Pesakit itu pengsan sewaktu staff nurse tersebut sedang mengambil bacaan tekanan darahnya. Terus saya tolak emergency trolley daripada katil 13, ke katil 14, di sebelahnya sahaja. CPR dimulakan. Cardiac monitor dipasang. Midazolam diberikan. Midazolam adalah salah satu jenis sedative, untuk tujuan mengurangkan ketidakselesaan pesakit semasa intubation.
    �VF!! Give me the defibrillator, set it to 200 Joules!! You, give the patient midazolam�
    �One clear, two clear, everybody cleaaar!!�

  • Shock demi shock saya berikan. Sehinggakan boleh terhidu bau kulit pesakit yang hangus dek kena electric shock daripada defibrillator. Sehinggalah rhythm nya flatline pula, CPR dimulakan semula. Dr Akash tiba semula, tercungap2 dia bergegas ke sana ke mari untuk attend case emergency. 50 miinit, daripada patient collapse, sehinggalah resuscitation diberhentikan dan waktu kematian diumumkan kepada keluarga.
    Sedang saya jalan ke kaunter, isteri Pak Mail menegur saya
    �Doktor, suami saya mesti jadi orang ketiga kan malam ni�
    Saya tidak tahu nak respons bagaimana, hanyalah memberitahu dia untuk berdoa banyak-banyak. Selesai patient kedua, sedang saya ke pantry untuk meneguk air kerana kehausan akibat CPR yang lama, patient ketiga pula. Katil 16, sebelah katil Pak Mail. Again, CPR dimulakan, dan semua prosedur dilaksanakan. Tiada respons, kepenatan dan pesakit meninggal dunia. Yang sedihnya, langsung tiada saudara-mara pesakit datang melikat pesakit untuk kali terakhir.
    Walaupun dah di call juga, tak datang-datang juga. Selesai pesakit ketiga, saya keletihan. Peluh mencurah-curah membasahi kemeja saya. Saya masih tak sempat mandi dan menukar pakaian kerana hari tersebut memang sibuk. Penat gara-gara lama tak exercise, dan dek hari-hari pekena roti telur dan nasi lemak di kafe. Staff nurse lain juga kepenatan. Mereka harus menyelesaikan pesakit setelah mereka meninggal dunia�.
    Jam menunjukkan pukul 10.50 malam. 10 minit lagi saya boleh kembali ke pangkuan katil saya di rumah. Isteri Pak Mail tidur memegang erat tangan Pak Mail. Semuanya normal sehinggalah sedang saya berjalan di acute kubikel, ternampak cardiac monitor Pak Mail flat.

  • �Kak! Tolong, patient collapse!! Tolong ambilkan trolley emergency cepat!!�
    Kelam kabut staff nurse. Ada yang baru nak makan nasi, hanya sempat suap di mulut, dan kemudian basuh tangan dan segera attend patient sambil mulut tak habis mengunyah makanan lagi. Isteri Pak Mail terus keluar, dan menghubungi anaknya. Dr Akash juga tiba, berpakaian baru, mungkin dia sempat mandi gamaknya. CPR demi CPR, orang ditukar, ubat diberikan, masih langsung tiada perubahan terhadap Pak Mail. Jam 1145, Pak Mail diisytiharkan meninggal dunia. Kelima-lima anaknya tiba awal lagi semasa resuscitation dilakukan.
    Saya speechless, saya thought block. Tak tahu nak cakap apa kepada isterinya, mujur ada Dr Akash di situ. Setelah menerangkan kepada pesakit tentang apa yang berlaku, isterinya akur. Dan tiada apa yang boleh dilakukan kecuali berdoa mengharapkan Pak Mail tergolong dalam golongan beriman.
    Rakan saya, Dr Arifa tiba jam 11 lagi. Mukanya pucat, bukan sebab apa, sebab mendengar 4 patient meninggal dunia malam itu, dan beliau baru je nak memulakan shift kerjanya sehingga jam 6.00 pagi esok berseorangan.
    Malam itu memberi pengajaran kepada saya. Ada juga yang berkata malaikat maut buat night round di ward berkenaan. Namun, ajal maut ditangan tuhan, kita tidak mampu mengubahnya. In fact, tarikh kematian kita dah pun ditulis sejak kita lahir lagi�
  • credit: says.com


EmoticonEmoticon