Menteri seru �makan babi, minum alkohol�? Ramai luah rasa berang
Kenyataan Sylvi Listhaug, dari Parti Kemajuan yang antipendatang, menjelang persidangan isu perpaduan kebangsaan mengundang kecaman dan dipermainkan pengguna internet, lapor Munchies kelmarin.
�Saya rasa mereka yang datang ke Norway perlulah menyesuaikan diri dengan masyarakat kita,� coretnya di Facebook minggu lalu.
�Di sini kami makan babi, minum alkohol, dan mendedahkan muka kami. Anda harus patuhi nilai, perundangan dan peraturan di Norway apabila anda sampai di sini.�
Akibatnya, ruangan komen media sosial Listhaug dipenuhi ulasan-ulasan yang mempersenda kenyataan itu dan menggesa beliau menilai semula jawatannya sebagai menteri perpaduan.
Ahli politik Parti Buruh Norway menulis dalam akhbar Dagbladet, menggesa pemimpin itu agar �tidak menakutkan orang dan memecahbelahkan.�
�Jika anda mahu kekal sebagai menteri perpaduan, anda mestilah belajar berpadu. Jangan menakutkan orang dan memecahbelahkan,� kata Zaineb Al-Samarai seperti dilapor The Independent.
Tertekan dengan reaksi-reaksi negatif itu, Listhaug menjelaskan beliau tidak bermaksud memaksa semua pendatang mengambil alkohol atau memakan babi.
Namun, tambahnya, amalan biasa di Norway memang begitu.
�Anda semua salah faham pada saya, tetapi memang begitulah [sejak dulu]. Bukan kali pertama.
�Saya maksudkan, tentulah mereka tidak wajar dipaksa mengambil alkohol atau memakan babi,� coretnya lagi, sehari selepas kenyataan kontroversi itu.
Namun keberangan orang tidak juga reda-reda. Ahad lepas, beliau terpaksa menggesa pengguna internet agar tidak lagi mengganggunya.
�Jika anda tidak boleh menerimanya, anda tidak perlulah menulis apa-apa,� katanya seperti dilapor oleh portal itu, sebahagian projek penerbitan majalah Vice di sini.
EmoticonEmoticon