Kamu kata hormat? Ramly tidak senang burger babi �P.Ramly�
KUALA LUMPUR, 26 Okt � Pemilik syarikat terkenal Ramly Burger mempersoalkan tindakan restoran makanan segera menamakan burger daging babi �P.Ramly�, yang seakan produknya.
Datuk Ramly Mokni berkata beliau kini sedang mendapatkan nasihat peguam susulan kontroversi nama itu setelah dipertikai pengguna Muslim.
�Saya serahkan kepada peguam untuk menasihati saya apa yang perlu dilakukan,� katanya ketika dihubungi Malay Mail Online semalam.
�Secara peribadi, tindakan undang-undang tidak semestinya cara yang terbaik, tetapi saya akan mendapatkan nasihat mereka.�
Ketika mempertahankan kontroversi nama burger tidak halalnya, syarikat Ninja Joe berkata �P.Ramly� bukan ditujukan kepada seniman Tan Sri P Ramlee tetapi merujuk Ramly Burger yang sudah lama bertapak sehingga menjadi �ikon�.
�Ramly Burger sudah lama bertapak di Malaysia, ia sudah menjadi ikon. Ia penghargaan buat mereka,� kata pemiliknya Kelvin Tan.
�Sebab itu kita gunakan nama �P.Ramly�. Ia tiada kaitan dengan pelakon tersebut. Ia semata-mata kebetulan. Huruf 'P' merujuk daging babi � �Pork Ramly�.�
Namun Ramly jelas tidak senang dengan penggunaan label tersebut walau sebagai �penghargaan�.
�Tindakan ini salah dan mengelirukan. Menghargai nama burger saya tetapi dengan daging babi? Anda tahu betapa bahayanya tindakan itu, anda faham?�
EmoticonEmoticon