Sunday, 30 October 2016

DIFITNAH Tak Buat Kerja Di ICU. Ini Reply PAKAR Yang Buat Ramai Keyboard Warrior SENTAP !!! |

Tags

DIFITNAH Tak Buat Kerja Di ICU. Ini Reply PAKAR Yang Buat Ramai Keyboard Warrior SENTAP !!! | Seperti ditulis oleh FB Dr Hana Hadzrami (LINK). DOKTOR ICU TAK BUAT KERJA? Terbaru kisah seorang pesakit keracunan makanan yang terlantar di ICU viral dikatakan DOKTOR TAK MERAWAT SELAMA 3 HARI, lalu anggota badannya biru-biru.
1
Pendek kata pakcik kepada pesakit mengatakan bahawa pesakit terlantar di ICU tanpa doktor berbuat apa-apa.
Tak merawat, tak berbuat apa-apa.
Tak merawat, tak berbuat apa-apa.
Tak merawat, tak berbuat apa-apa.
****
Jika dilihat pada skrin monitor di situ, jelas kelihatan tanda vital pesakit, walaupun masih dalam keadaan kritikal dengan degupan jantung yang laju; namun tekanan darah dan pernafasan pesakit adalah stabil.
****
Pesakit yang masuk ke ICU bukanlah seperti anda dan saya yang boleh berbual-bual, boleh bergurau-gurau, boleh main henpon.
Mereka sakit teruk sehingga jantung tak mampu menanggung beban mengepam darah ke seluruh organ badan (shock akibat kehilangan cecair tubuh atau jangkitan kuman yang teruk dan sebagainya). Keadaan ini menyebabkan kesemua organ lain mulai shut down satu persatu.
Maksudnya paru-paru dah tak mampu bernafas, buah pinggang tak mampu berfungsi, otak semakin kurang tahap kesedaran.
Pendek kata; mereka ini jika dibiarkan di rumah tanpa berbuat apa-apa; sunnatullahnya akan cacat kekal jika bernasib baik, atau meninggal dunia jika tak bernasib baik.
****
Tapi anda semua lihat sendiri di skrin monitor, bagaimana tanda vital pesakit masih bertahan?
Bertahan secara magik ke?
Semua itu sebab ada doktor dan jururawat yang siang malam gigih berbuat sesuatu untuk pulihkan kembali semua fungsi organ tubuh.
****
Ada banyak perkara yang doktor perlu lakukan untuk pulihkan fungsi organ pesakit tenat di ICU.
Jika:
??Jantung lemah: Kami sokong dengan bantuan pernafasan, cecair IV dan juga ubat vasopressor/ inotropik
??Pernafasan lemah: Kami bantu masukkan oksigen ke tisu badan melalui mesin bantuan hayat (life support machine)
??Buah pinggang tak berfungsi: Kami lakukan dialysis
??Tekanan darah rendah: Kami rawat menurut punca. Jika disebabkan jangkitan kuman, kami berikan IV antibiotik dos tinggi dan sokong dengan vasopressor. Jika disebabkan kehilangan darah, kami masukkan darah.
****
Itu semua adalah kerja asas kami di ICU. Tapi sebenarnya kami lakukan lebih banyak lagi. Antaranya ialah:
??Pemakanan melalui tiub
??Kawalan kesakitan melalui ubatan analgesia.
??Ubat penenang bagi keselesaan pesakit sewaktu dirawat.
??Pencegahan darah beku, dimana pesakit ICU yang terlantar mudah terkena.
??Memastikan pengaliran darah ke otak lancar dan mencegah asid perut masuk ke paru-paru dengan head elevation.
??Mencegah stress ulcer dalam perut
??Mengawal gula dalam darah supaya tak terlalu rendah atau terlalu tinggi.
??Pencegahan luka belakang akibat tekanan (pressure sore) dengan ubah iringan badan 2 jam sekali.
Kesemua ini penting untuk menyokong fungsi tubuh sehinggalah ianya pulih sendiri. Jika dibiarkan maka organ tubuh akan gagal satu persatu hingga membawa kepada kematian.
****
Tugas-tugas ini dilakukan oleh doktor dan staf ICU. Jika bukan kami yang buat, anda ingat siapa yang buat? Keluarga pesakit ke? Cebok berak pun berkira, inikan pula nak buat yang lain-lain tu.
****
Saya memang sensitif jika staf ICU dituduh tak buat kerja. Kerana saya tahu mereka bukan saja telah memberikan komitmen 100%, malah 150%; termasuk melakukan tugas di luar skop kerja mereka.
Berapa ramai staf ICU yang jatuh sakit akibat penyakit kronik disebabkan tak sempat nak pergi temujanji doktor?
Berapa ramai staf ICU yang abaikan mak bapak dan anak sendiri yang sakit sebab tak dapat cari pengganti?
****
Usah sewenang menuduh doktor dan staf ICU tak buat kerja. Kalau kami suruh bawa balik pesakit ke rumah baca Yasin, atau kami biarkan pesakit tergolek keseorangan di koridor hospital; itu baru betul kami tak buat kerja.
****
Tambahan:
Kaki dan tangan kebiruan pada pesakit septic shock adalah komplikasi akibat septic microemboli dan mungkin juga kesan sampingan ubat vasopressor dos tinggi untuk menyokong tekanan darah. Ini menunjukkan pesakit ini sangat kritikal. Tak kira sumber jangkitan kuman daripada mana, septic microemboli boleh merebak samada ke anggota badan mahupun organ dalaman tubuh. KREDIT FB Dr Hana Hadzrami (LINK)
2


EmoticonEmoticon