loading...
PELIK Kerani Pejabat Suka Panggil �Sayang�. Dengan Berkat Solat Hajat Isteri Akhirnya Segalanya TERBONGKAR !!!
GAMBAR SEKADAR HIASAN |
Namun, harus ingat jangan terlalu teruja untuk mempamerkan kebahagiaan anda di laman sosial kerana ada kemungkinan ada individu yang tidak suka dan dengki dengan kebahagiaan yang kita kecapi. Lagi menakutkan, pada zaman serba canggih ini masih ada individu yang menggunakan sihir untuk memporakperandakan rumah tangga orang lain apabila cinta tidak dibalas.
Pada suatu pagi menerima sms dari kerani di tempat kerja bertanyakan khabar.
Saya sudah mendirikan rumahtangga selama hampir 15 tahun dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Isteri saya seorang yang bekerjaya dan kami memang saling menyayangi di antara satu sama lain sehinggalah pada suatu pagi seorang kerani di tempat kerja saya telah menanyakan khabar saya yang tidak sihat. Saya memang tidak pernah menyimpan mana-mana no telefon perempuan lain kecuali seorang lagi kerani lain untuk memudahkan urusan kerja. Isteri saya ni memang kuat 6th sense dia. Dia boleh hidu dan syak tu bukan kawan2 perempuan yang dia kenal. Saya pun bagitahu yang saya tak kenal (sbb mmg saya tak kenal)�.isteri saya pun diam. Sehinggalah bila saya kembali semula bekerja si kerani ni tanya kenapa tak balas sms dia. Saya kata saya tak tahu sebab no dia not listed dalam fon contact sy.
Saya selalu menceritakan kebaikan isteri pada rakan-rakan, dalam diam dia tak berpuas hati.
Hubungan saya dan isteri memang baik, mesra dan isteri saya memang seorang yang periang. Tanggungjawab dia pada saya dan anak2 memang tak dilupakan. Dan saya selalu bagitahu pada kawan2 saya bahawa isteri saya memang tiada galang gantinya. Jika ditakdirkan saya beristeri lagi�itu cuma akan terjadi jika isteri saya sudah meninggal dunia. Itupun pada saya mustahil ada wanita yang dapat menggantikan tempatnya. Rupanya kenyataan saya telah menimbulkan rasa tak puas hati kerani tersebut.
Selalu berhubung, dia mula memanggil saya �sayang�.
Pada suatu hari si kerani tersebut dapat kerja di KL maka dia berhijrahlah. Saya mmg jenis peramah suka bertanyakan khabar kawan2 lelaki mahupun perempuan. Tua mahupun muda. Saya pun saja sms untuk bertanyakan khabar. Demi Allah tiada sekelumit pun rasa saya suka atau cintakan kerani tersebut. Sejak itu, kerani itu selalu menghubung saya dan akhirnya tanpa saya sedari si kerani tersebut memanggil saya dgn panggilan �sayang�. Saya pun terkedu pada mulanya. Yelah dah org panggil kita sayangkan�maknanya saham saya laku lagi. Hubungan dengan isteri masih baik sehingga tiba hari raya kerani tersebut menghubungi saya dan bertanyakan bila saya mahu berkunjung ke rumahnya untuk beraya. Saya tak tahu seperti ada sesuatu yang mendesak saya untuk pegi.. Saya pergi ditemani dengan anak saya.
Isteri buat solat hajat & bacaan yassin, akhirnya rahsia terbongkar.
Lama kelamaan isteri dapat mencium perbuatan saya. Isteri suruh saya tukar no. Saya tukar. Saya ikut segala permintaan isteri sebab saya sayangkan dia. Dan yang peliknya saya tak tahu kuasa dari mana saya beli no lain dan hpon lain. Tapi tak lama. Betullah orang kata naluri seorang isteri tu jangan dibuat main2. Saya tau isteri saya selalu berdoa� dan saya selalu mendengar dalam doanya ada tangisan. Hati saya pilu dengar esakan isteri saya tapi ada sesuatu yg berbisik supaya membiarkan saja isteri sy. Solat hajat, bacaan yasin dan akhir sekali bila tiba awal muharam isteri dan anak2 buat solat hajat. Dan di tak lama selepas itu rahsia terbongkar.
Bila isteri dapat tahu dia ajak saya pegi jumpa kerani tersebut. Saya ikut. Dalam kereta ke KL dia suruh saya lepaskan dia. Tp DEMI ALLAH saya SAYANGKAN ISTERI SAYA. Saya takkan lepaskan dia kecuali ajal yg memisahkan kami. Isteri saya mmg cerdik. Segala doa dia Allah makbulkan. Kami dapat jumpa kerani tersebut tapi dia lari bila saya hampiri isteri saya. Seperti ada sesuatu yg disorokkannya. Kami pulang ke penang semula. Sejak itu kepercayaan isteri pada saya mmg takdelah. Walau berkali2 saya ucapkan saya tiada apa2 hubungan dengan kerani tersebut..
Isteri saya diserang sambil menjerit �Kenapa ko tinggalkan aku? Kenapa ko sayang sangat kat bini ko tu�
Pada suatu hari ketika saya sedang solat dhuha isteri tiba2 tak sedarkan diri. Marah2 tak tentu hala. Saya bawak dia berjumpa dgn seorang ustaz berhampiran� Sekali lagi isteri saya diserang sambil menjerit2 �Kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa ko sayang sangat kat bini ko tu� berulang2 perkataan tersebut keluar. Ustaz tersebut bagitahu bahawa isteri saya telah disihir. Dan seperti yang dijangka saya juga telah �diguna2' oleh kerani tersebut.
Hampir 12 org ustaz kami pergi tapi sehingga sekarang keadaan isteri saya masih diganggu. Bermacam2 sihir dihantar kepada kami sehingga kini. Saya mmg menyesal. Menyesal teramat sangat. Sehingga kini kami masih di�ganggu�. Kami berdoa supaya berikan kami kekuatan menghadapi ujian ini. Isteri saya sorg yg redha dan pasrah. Walaupun tubuh seperti disiat dan diikat2 tp tanggungjawab tetap dilaksanakan.
Isteri tak mahu memulangkan sihir walau itu menjadi penyebab ajalnya.
Dan saya tak sangka isteri masih boleh mewakafkan al quran atas nama kerani tersebut semasa kami bercuti di langkawi baru2 ni. Terkedu saya. Saya tanya kenapa? Dia kata perempuan tu dh jauh terpesong. Kitalah yg kena betulkan aqidahnya. Dia tak balas setiap perbuatan kerani tersebut sehingga saya plak yang kurang sabar. Bila saya kata saya nk pulangkn semua sihir2 ni isteri saya kata tak payah. Tu semua saham akhirat dia. Biar pun sihir itulah penyebab sampainya ajal dia. Subhanallah�walaupn dh lama menderita.
Nasihat saya pada lelaki di luar sana jadikanlah kisah saya ni sebagai pengajaran. Jangan mudah terpedaya dengan wanita lain. Hati -hatilah ketika berkawan. Jangan ada yg ambik kesempatan atas keprihatinan kita.
Pada perempuan2 di luar sana� Janganlah terdesak merosakkan umahtangga orang lain sebab kifarah Allah tu pasti ada. Pada kerani tersebut. Sedarlah tak bahagia mana pun kehidupan kamu dengan menzalimi isteri aku.
sumber : KRT
EmoticonEmoticon