Gambar Hiasan | Foto - Google Maps |
JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, maut dilanggar sebuah kereta selepas terjatuh dari kereta ibu bapanya ketika membuat pusingan U di Jalan Lebuh Cemerlang, malam tadi, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 8.20 malam semalam, mangsa, Goh Hao Zheng Jayden, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta yang dinaiki mangsa dari arah Desa Cemerlang ke Plentong membuat pusingan U.
"Ketika membuat pusingan U, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang terjatuh dari kenderaan selepas pintu kereta terbuka sebelum dilanggar oleh kereta lain dari arah yang sama," katanya.
Gambar hiasan: kejadian seumpama pernah berlaku di China. Mujur mangsa selamat | Foto - Google Images |
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, dikejarkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan maut ketika dalam perjalanan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata Jokhiri. - The Reporter
EmoticonEmoticon