KUALA LUMPUR - Penyampai berita Buletin Utama, TV3, Mohd Izwan Azir, dikecam segelintir netizen atas dakwaan menyampai berita fitnah berhubung perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.
Golongan individu terbabit juga mendakwa pendapatan yang diterima Izwan setiap bulan adalah haram, malah mereka turut mendoakan penyampai berita itu masuk neraka.
"Gaji yang kamu terima setiap bulan, beri makan anak bini menjadi haram dan akan dibakar api neraka.
"Muka ini paling dibenci rakyat Malaysia. Menyampai berita fitnah. Insyallah neraka tempatnya nanti," kata individu berkenaan.
Tidak melatah dengan tindakan individu itu, Izwan mengambil pendekatan untuk memaafkan dan tidak mahu berdendam dengannya.
"Saya melahirkan rasa syukur kepada Allah, terima kasih kepada keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang tidak henti-henti memberi kata-kata semangat serta sokongan kepada saya sepanjang hari ini, mebyusul doa 'supaya dihumbankan ke neraka' kerana bekerja sebagai penyampai berita di TV3.
"Saya mendoakan mereka yang membuat doa itu, semoga dilindungi Allah hendaknya dan diberikan kehidupan yang baik. InsyaAllah, saya tidak berdendam dan memaafkannya kerana Allah sendiri mengampunkan dosa hamba-hambaNya yang zalim, apalah saya yang kecil ini nak membenci mereka pula.
"Kerja dan ibadah saya adalah dalam nawaitu yang hanya diketahui Allah. Oleh itu, cukuplah Allah sahaja yang mengetahuinya dan memberi balasan buruk atau baik kepada saya," katanya melalui laman Facebook. - The Reporter
EmoticonEmoticon