PERAI, PULAU PINANG - Seorang pengawal keselamatan hanya mampu akur jika majikannya mahu memberhentikan khidmatnya kerana terlalu kerap cuti.
Kisah sayu mengenai wanita bernama Rosyatimah binti Rodi atau lebih gemar dipanggil sebagai Kak Ros ini dimuat naik oleh laman Penang Kini, cetus rasa kasihan netizen yang bersimpati dengan nasibnya.
Kak Ros, bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Taman Inderwasih, Perai bagi menyara hidup keluarganya. Suaminya, sudah terlantar sakit di rumah 5 tahun akibat strok.
Dengan gaji yang tidak seberapa, beliau terpaksa menanggung anaknya seramai sembilan orang. Salah seorang sudah bekerja tetapi hanya mampu memberi RM300 setiap bulan, manakala yang lain ada yang masih bersekolah dan tidak berkerja.
Namun, anak bongsunya yang masih bersekolah rendah adakalanya membantu ibunya dengan mengambil upah mencuci pinggan di kedai makan.
Difahamkan, Kak Ros seringkali berulang ali ke hospital untuk mendapatkan rawatan susul berikutan beliau kehilangan satu buah pinggangnya akibat kemalangan lampau. Ekoran kerap kali bercuti menyebabkan majikan bakal mengambil tindakan memberhentikannya.
Perkhabaran itu membuatkan Kak Ros susah hati dan meluahkan perkara itu kepada pengendali laman Penang Kini.
Justeru, bagi sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan tak kira apa jenis bentuk bantuan sekalipun bolehlah menghubungi Kak Ros di alamat A4-2-16, Flat Taman Inderwasih, Medan Kikik 3, 13600 Perai atau hubungi nombor telefon 017-4278450. - The Reporter
1 comments so far
Kak Rosyatimah Rodi, viral masuk berita tapi macam tak betul je. Dengan orang dia cakap suami dia bukan suami dia sebab saka keturunan. Bukan dia sorang yang cakap, semua anak-anak dia cakap yang sama. Tetapi dalam berita kata suami dia sakit kerana strok. Mr Kenny Perera bagi bantuan kewangan RM20 ribu. Dalam sehari habis. Zanariah Kamis bagi wang dibahagikan sekali dengan Marshahril Mansor sebanyak RM4,000 seorang pada tahun 2016. Banyak duit kak Rosyatimah ni sebab dia ada syarikat berdaftar dengan SSM. Anak sulung kahwin pun disponsor. Malah dia sekeluarga dengan tak segan silu minta duit dengan kawan dia kononnya rakan sekolah. Padahal anak dia sebaya anak sulung kawan dia yang tua puan Zanariah setahun. Anak perempuan puan Ros semua minah rempit, dan ketagihan dadah. Keluar masuk lokap Perai sampaikan ketua balai kenal keluarga ni, dia tak bagitau alasan sebenar dibuang kerja. Dia tak beritahu kes pecah amanah beliau. Puan Rosyatimah ni pandai berpura. So hati-hati, bukan tak boleh tolong nanti, dibelakang kita, beliau cerita sebaliknya.
EmoticonEmoticon