BUTTERWORTH - Seorang lelaki berusia 51 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di atas empat pertuduhan meliwat dan merogol dua anak perempuan jirannya berusia tujuh dan lapan tahun, lapor Harian Metro.
Tertuduh yang juga pembantu kedai meminta dibicarakan bagi empat pertuduhan tersebut.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 CA, Seksyen 376 B(1) dan Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.
Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh didakwa telah memasukkan jari ke dalam kemaluan serta dubur mangsa berusia 7 tahun serta merogol mangsa di rumah pada malam 27 November 2014 hingga 11 Januari 2015.
Pada hari dan lokasi yang sama, tertuduh didakwa melakukan seks luar tabii ke atas seorang lagi budak perempuan berusia 8 tahun selain memasukkan jari ke dalam dubur dan kemaluan mangsa.
Hakim Norashima Khalid tidak membenarkan ikat jamin ke atas tertuduh dan menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh serahan dokumen kes.
EmoticonEmoticon