Thursday, 10 November 2016

Tak Sempat Baling, Mercun Meletup Di Tangan

Tags


LENGGONG, PERAK - Niat mahu menghalau gajah yang sering merosakkan tanaman bertukar menjadi tragedi apabila tangan seorang pekebun hancur selepas mercun bola yang mahu dilempar meletup di tangan, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi di Kampung Ulu Jepai, Gelok, mangsa berusia 56 tahun menggunakan mercun bola untuk dilemparkan pada gajah yang merosakkan tanaman berhampiran rumahnya. 

Menurut Ketua Kampung Gelok, Kamarudin Hamzah berkata, mangsa sebelum ini pernah meluahkan rasa marahnya terhadap gajah berkenaan yang seringkali memusnah tanamannya seperti pisang sehingga mengalami kerugian. 

"Saya diberitahu penduduk kampung, mangsa yang terdengar kehadiran gajah itu yang berada kira-kira 100 meter dari rumahnya, terus bertindak menyalakan mercun untuk menghalau serta menakutkan haiwan berkenaan agar masuk ke dalam hutan semula.

"Bagaimanapun, usahanya itu gagal apabila mercun yang dinyalakan tiba-tiba meletup lalu menyebabkan tangan kanannya hancur," katanya. 

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. - The Reporter


EmoticonEmoticon