Tuesday, 8 November 2016

Gadis 19 Tahun Jual Diri Demi Kumpul Dana Biayai Kos Perubatan Ibunya

Tags


CHINA - Seorang gadis yang terdesak sanggup menjual dirinya di WeChat bagi mengumpul dana untuk merawat ibunya yang sakit. 

Cao Mengyuan berkata, kos perubatan yang diperlukan lebih kurang 350,000 yuan (RM21,000+), namun jika ada yang menawarkan harga yang lebih tinggi akan berjaya mendapatkannya. 

Menurut sumber, ada seorang majikan yang telah memberikan respon terhadap iklan Cao dan bersetuju mahu membantu Cao menyelesaikan bil perubatan ibunya. 

Bagaimanapun, sumber tidak mendedahkan apa yang majikan itu mahu lakukan terhadap Cao selepas itu. 

Dalam iklan yang dimuat naik di WeChat itu, Cao mendakwa dia dilahirkan dan membesar di kawasan luar bandar di bandar Gaozhou, selatan China. Ibunya berusia 45 tahun bekerja sebagai petani sepanjang hayatnya.

Menurut Cao, ibunya telah disahkan menghidap kanser kulit baru-baru ini dan dimasukkan ke wad Hospital Rakyat Gaozhou sudah hampir seminggu. Kesihatan ibunya semakin merosot, malah paha kiri ibunya mula dijangkiti kuman yang serius. 

Bagi merawat kanser yang dihidap oleh ibunya, Cao memerlukan wang sebanyak RM21,000+ untuk menanggung kos perubatan. Ibunya juga tidak mempunyai insuran perubatan dan keluarganya tidak mampu untuk menanggung kos rawatan yang terlalu tinggi itu.

"Saya berharap ada individu baik hati sudi membeli saya agar ibu saya dapat menjalani pembedahan," katanya dalam iklan tersebut. 

"Selepas dibeli, saya akan bekerja dengan orang yang membeli saya dan buat apa saja yang diarahkan. Saya tidak akan tarik balik apa yang telah saya katakan. Segala yang saya katakan adalah benar. Saya akan jual diri saya kepada pembida yang terbesar," katanya dalam iklan tersebut. 

Cao merupakan anak sulung dari lima beradik dan dia bertanggungjawab terhadap nasib malang keluarganya. 

Lapor QQ.com, Cao diberhentikan sekolah kerana keluarganya menghadapi maslah kewangan dan kini bekerja mengikut syif sebagai buruh. Cao hanya meraih pendapatan bulanan sebanyak 1,000 yuan (RM630) bagi menampung ahli keluarganya. 

Laporan itu juga mengatakan, doktor di Hospital Rakyat Gaozhou menyarankan agar ibunya, Wu Zhaofang dipindahkan ke hospital yang lebih besar. Namun Cao dan keluarganya tidak mampu membayar kos rawatan di hospital tersebut. 



Huang Qiliang, pengasas sebuah pertubuhan kebajikan mengesahkan bahawa apa yang dikongsikan oleh Cao itu adalah benar. Malah dia juga telah melawat Cao dan ibunya di hospital berkenaan. 

Huang berkata, majikan baik hati yang bersetuju untuk menanggung kos rawatan wanita itu selepas ternampak iklan gadis berkenaan. Namun tidak dinyatakan apa yang akan berlaku pada Cao selepas itu. 

Bagaimanapun, dia berkata, "Segalanya sudah diselesaikan. Dia (Cao) tiada apa-apa lagi untuk dijual pada masa ini," katanya. 

Ibu Cao dijangka akan menjalani pembedahan tidak lama lagi. - The Reporter


EmoticonEmoticon