Wednesday, 9 November 2016

Kemenangan 'Luar Biasa' Trump, Bukti Kuasa Pengundi - Najib

Tags


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah di atas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat hari ini, lapor Free Malaysia Today

Najib menyifatkan kemenangan Trump itu sebagai satu kemenangan 'luar biasa' dan sekali gus membuktikan kepada ahli-ahli politik agar jangan mengambil mudah dengan kuasa pengundi. 

"Undian pendapat, tokoh politik terkemuka, semuanya memandang rendah pada kekuatan penyokongnya. Ikrar beliau kepada rakyat Amerika yang terpinggir - mereka yang ingin melihat kerajaan lebih memberi tumpuan kepada kepentingan dan kebajikan dan kurang terlibat dalam campur tangan asing terbukti bertentangan dengan kepentingan AS - menjadi faktor kemenangan Trump ke atas Rumah Putih," katanya menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini. 

Trump berjaya memperolehi 276 undi sekali gus menewaskan pencabarnya dari parti Demokrat, Hilary Clinton, yang hanya meraih 218 undi.

"Pada 2014, AS dan MAlaysia mempertingkatkan hubungan kita dengan perkongsian komprehensif dan kami sekutu dalam memperjuangkan penentangan terhadap keganasan dan ekstremisme. Kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini di bawah pimpinan Presiden Trump.

"Saya mengucapkan tahniah di atas kemenangan luar biasa ini dan berharap untuk bertemu sekali lagi, tidak lama lagi," katanya.


EmoticonEmoticon