Tuesday, 8 November 2016

'Dah Tahu Gaji Suami RM800-RM1,000, Janganlah Beranak Banyak Sehingga Menyusahkan Diri' - Syazwani


GEORGETOWN - "Dah tahu suami gaji RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak," demikian teguran dari seorang wanita bernama Syazwani Sharan di laman Facebooknya. 

Syazwani yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia, memuat naik 'pandangannya' itu di laman Facebook semalam, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang majoriti tidak bersetuju dengan pandangannya yang dianggap tidak masuk akal berbanding jumlah netizen yang menyokongnya. 

"Dah tahu gaji suami RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak-banyak sampai 5-6 orang anak sehingga menyusahkan diri sendiri, makan minum tak cukup dan kemudian salahkan kerajaan.

"Zaman macam ini kalau gaji di bawah RM1,000 cukup sekadar seorang anak. Tak perlu sampai nak buat satu team anak. JAdilah bijak dalam merancang anak. Kita ambil kiraan simple sajalah:
  1. Rumah: RM400
  2. Transport: RM200 (Mungkin motosikal sahaja)
  3. Bil air dan elektrik: RM200
  4. Jumlah keseluruhan: RM800
  5. Baki gaji: RM200

"Sebab itulah mereka makan nasi dan budu sahaja tanpa lauk. Sebab baki pun baru RM200 untuk makan. Amat membebankan untuk orang bergaji RM1,000 berkongsi makan untuk tujuh orang," katanya. 

Menurut Syazwani lagi, kesan dari kualiti hidup yang negatif sedemikian akan menyebabkan peningkatan kes kecurian, rompakan kerana mereka terdesak mencari duit bagi menampung kos sara hidup. Selain itu, anak juga membesar dalam keadaan yang tidak sihat kerana kekurangan nutrisi akibat tidak mengikuti piramid makanan serta masalah sosial juga semakin meningkat kerana ibu bapa tidak sempat mendidik anak yang terlalu ramai. 

Justeru, Syazwani menyarankan bahawa kerajaan perlu menggubal undang-undang yang menetapkan satu keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak sahaja. 

"Kerajaan perlu menggubal undang-undang satu keluarga limit satu anak sahaja. Selain itu, kawal nafsu atau makan ubat perancang. 

"Kalau nak anak ramai, carilah kerja yang lebih bagus dari sebelumnya agar senang menanggung anak atau buat dua kerja dalam satu masa. Malah, isteri juga perlu bekerja," jelasnya. 


Sementara itu, netizen menganggap cadangan Syazwani mengikut langkah menghadkan kelahiran anak seperti yang pernah dilaksanakan oleh China suatu ketika dulu adalah kurang cerdik dan mundur. 

Selain itu, netizen mendakwa Syazwani sengaja mencari perhatian dengan cara yang tidak betul. - The Reporter


EmoticonEmoticon