TOKYO, JEPUN - Sebuah lubang gergasi muncul secara tiba-tiba di tengah bandar Jepun semalam, menelan lima lorong jalan raya berhampiran stesen kereta api.
Lubang berukuran kira-kira 20 meter panjang dan 15 meter lebar itu berlaku di persimpangan lampu isyarat di selatan bandar Fukuoka, lebih kurang jam 5 pagi (waktu tempatan), Isnin.
Menurut saksi, kejadian itu berlaku semasa hari masih gelap dan lubang itu terus membesar dengan kedalaman kira-kira setinggi bangunan dua tingkat dan dipenuhi air dari paip yang pecah.
Pihak berkuasa mengesahkan, tiada kecederaan yang dilaporkan dari kejadian itu. Punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kejadian itu berhubung kait dengan projek pembinaan kereta api bawah tanah.
Selain itu, pakar berpendapat mungkin kebocoran yang berlaku pada paip telah menyebabkan strutktur tanah menjadi lemah menyebabkan runtuhan itu berlaku. - The Reporter
EmoticonEmoticon